Sejarah penemuan Elektrik

Nikola Tesla

Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok bahan-bahan tertentu seperti ambar pada kain bulu. Perkataan "elektrik" itu sendiri dicipta daripada istilah bahasa Latin Baru electricus ("seakan ambar") daripada kata akar bahasa Yunani iaitu ἤλεκτρον elektron yang bermaksud "ambar" merujuk kepada sifat ini.[1] 

Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (17751836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854).Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

Rujukan

WikiPedia: Elektrik http://users.pandora.be/worldstandards/electricity... http://amasci.com/miscon/eleca.html http://www.bibliomania.com/2/9/72/119/21387/1.html http://www.m-w.com/cgi-bin/dictionary?book=Diction... http://www.mouthshut.com/readreview/38842-1.html http://www.telesensoryview.com/steverosecom/Articl... http://www.micro.magnet.fsu.edu/electromag/java/di... http://www.tufts.edu/as/wright_center/fellows/bob_... http://digital.library.unt.edu/govdocs/crs/search.... http://www.eia.doe.gov/fuelelectric.html